Tidak boleh memandang rendah kemampuan Perak FC

Juara Liga Perdana musim lalu, Penang FC (PFC) mungkin boleh dianggap sebagai ‘kuda hitam’ pada musim ini jika prestasi semasa menjadi ukuran dengan sentuhan Tomas Trucha.

Mana tidaknya, mereka memperaga aksi konsisten dan menghuni tangga keempat liga selepas lima perlawanan dan hanya t3was sekali, itupun di tangan juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, prestasi semasa itu bukanlah satu lesen untuk mereka memandang rendah terhadap kemampuan Perak FC dengan pemain tengahnya, Danial Ashraf Abdullah tidak mengganggap ia satu kelebihan menentang pasukan yang sedang bergelut.

“Kita baru sahaja t3was satu kali dan saya yakin selepas ini semua pemain akan melawan habis-habisan untuk bertemu Perak FC agar kita terus mampu mengutip mata.

“Kita pun sudah mendapat rehat yang secukupnya sebelum ini. Jadi saya rasa sekarang pemain tiada masalah untuk terus bekerjasama dengan baik dalam latihan menjelang aksi ini.

“Kita tidak boleh memandang rendah kepada pasukan lawan kerana Perak FC pun bukan pasukan yang mudah untuk memberikan mata. Namun sasaran pasukan sudah pastilah mahu mengutip mata penuh,” katanya.

Dalam masa sama, pemain berusia 24 tahun perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan Trucha selepas membarisi kesebelasan utama buat kali pertama pada aksi menentang Selangor FC (SFC) yang menyaksikan dia berjaya meledak gol pertamanya musim ini.

“Sebagai pemain muda, kita perlu ada sikap untuk bersaing secara sihat. Sudah tentu amat mencabar apatah lagi bersaing dengan pemain import dan keputusan terletak di tangan jurulatih.

sumber : BH

Apabila kita dapat menjaringkan gol, kita akan jadi lebih bersemangat dan kalau terus mendapat peluang, saya percaya boleh lakukan lebih baik,” katanya.