Sukan

Tindakan pembatalan tiga aksi Liga Malaysia, MKN KKM tidak rasional – Jamal

Tindakan pembatalan tiga aksi Liga Malaysia (Liga M) yang diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) nyata tidak disenangi beberapa otai bola sepak tempatan apabila menyifatkan tindakan itu seolah menganaktirikan industri bola sepak di negara ini.

Bekas pemain H@rimau Malaya layak 1980an, Datuk Jamal Nasir Abdul Ismail berkata, adalah tidak rasional apabila MKN mengarahkan supaya penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membatalkan tiga aksi liga ketika yang hanya disahkan positif C0vid-19 sekadar membabitkan dua hingga ke tiga pemain sahaja.

Katanya, MKN seharusnya membuat kerja rumah dan melakukan kajian terperinci dengan mengambil contoh bagaimana liga-liga utama di Eropah beroperasi di mana perlawanan tetap diteruskan meskipun terdapat pemain yang didapati positif.

“Saya nampak MKN dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tak rasional dan tidak peka kepada industri bola sepak negara, di mana takkan hanya disebabkan seorang atau dua orang (didapati positif C0v!d-19), terus nak batalkan.

“Fikirlah sikit, pemain bola pun ada keluarga nak diberi makan dan minum. Kita faham penyakit ini, dan kita nak kena jaga juga. Tapi kita pun kena fikir juga sebab bola sepak ini adalah satu industri.

“Tengok macam mana negara di luar seperti Eropah, mereka juga ada kes dalam liga tetapi tetap teruskan perlawanan. Pemain yang positif sahaja dikuarantinkan, tak adalah pula sampai batalkan terus,” katanya kepada Arena Metro.

Bagi seorang lagi bekas pemain handalan negara, Khalid Ali, beliau memohon dan merayu agar MKN memandang serius isu ini dan menasihatkan agar membuat keputusan dengan mengambil kira semua faktor termasuk mengkaji kaedah yang digunakan liga di luar negara.

“Tolonglah rajin sikit rujuk dengan negara Eropah macam mana mereka tangani isu yang membabitkan liga bola sepak ini. Janganlah nak pukul rata ikut SOP (prosedur operasi standard) sahaja, sedangkan mereka juga ada pertimbangan sendiri untuk lihat isu ini.

“Kena seriuslah dengan industri bola sepak ini, jika industri perkilangan boleh dibenarkan buka walaupun ada kes positif, kena pula perlawanan bola sepak yang hanya babitkan seorang dua pemain terus dibatalkan.

“Fikirlah juga pasal kos, kerana apa yang saya dengar daripada rakan-rakan, pasukan seperti Terengganu FC II yang sudah ada di Sarawak dah habis beribu ringgit untuk bawa pasukan ke sana.

“Di zaman pandemik ini ramai yang tergugat jadi janganlah jadikan pemain bola sepak pula mangsa kehilangan sumber pendapatan,” kata Khalid yang mengharumkan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 bersama Jamal Nasir.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli bertegas aksi Liga M tidak seharusnya dibatalkan boleh menjejaskan motivasi dan psikologi pemain yang sudah bersiap sedia untuk aksi terbabit.

MFL terpaksa membatalkan tiga aksi susulan terdapat beberapa pemain didapati positif selepas ujian calitan PCR dilakukan sehari sebelum perlawanan.

sumber : HM

Perlawanan yang dibatalkan antaranya aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC di Stadium Darul Aman, serta Liga Perdana babitkan Kuching City FC (KCFC) dan Terengganu FC II (TFC II) selain Sarawak United menentang Perak FC II, dengan kedua-duanya berlangsung di Sarawak.