Titip kata-kata semangat buat Syafiq

Lebih dua bulan selepas terlibat dalam kemal@ngan ngeri yang mengorb@nkan anak, ibu mentua dan pembantu rumahnya, bintang peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad kembali menjalani latihan semalam.

Gambar Syafiq, 25, sedang berlatih di Padang Sri Gelam, Johor Bahru yang dimuat naik Facebook, Johor Southern Tigers mendapat lebih 1,700 tanda suka (like) dan lebih 170 komen.

Rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat kepada pemain itu seperti ‘Our hero is back!!!’,  ‘Welcome back SA28’, ‘come back stronger’ dan ‘King of header is back’.

Melihat perkembangan itu, ramai yang yakin bintang H@rimau Malaya tersebut sudah bersedia untuk diturunkan apabila JDT menentang Kedah FC dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M), 5 Mac ini.

Dalam kejadian 6 Disember lalu, bayi lelaki Syafiq yang baru berusia 22 hari antara tiga maut selepas kereta yang dipandu terbabas  Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap.

Turut terkorban, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an, manakala isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.

sumber : UM

Syafiq dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami kecederaan ringan.