TMJ beralih ke Manchester United

Selain mahu memiliki Valencia, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berminat membeli pegangan dalam Manchester United.

“Saya baru sahaja mengadakan perbincangan minggu lalu mengenai perkara itu (membeli pegangan Manchester United). Hanya dalam jumlah kecil dalam kelab yang besar, seperti saya katakan, saya sentiasa terbuka dengan setiap peluang,” tulisnya dalam Instagram Story miliknya.

Beliau turut mengakui telah melakukan perbincangan bersama pemilik Valencia, Peter Lim namun sehingga kini belum ada sebarang kata putus berkaitan perkara tersebut.

Tunku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memaklumkan usaha itu terpaksa ditangguhkan sementara waktu bagi menyelesaikan beberapa perkara.

“Selamat ulang tahun Valencia CF. Ya, ada perbincangan dengan pemilik untuk saya memiliki pegangan dalam kelab.

“Tetapi ia ditangguh seketika ekoran beberapa komplikasi dan isu yang perlu diselesaikan.

“Saya sentiasa terbuka dengan setiap peluang,” katanya ketika menjawab salah satu soalan pengikutnya di Instagram yang bertanyakan sama ada beliau mahu meneruskan hasrat untuk tidak memiliki pegangan Valencia atau masih berharap tentang perkara berkenaan.

Sebelum ini, arena bola sepak negara hangat memperkatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan membesarkan empayarnya ke negara yang memiliki antara liga terbaik di dunia.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu susulan hubungan Tunku Ismail dan pemilik Valencia, Peter Lim yang cukup akrab, seperti yang pernah muat naikkan menerusi satu kiriman di JOHOR Southern Tigers pada Januari 2016.

Menerusi satu lagi muat naik di Instagram, Tunku Ismail menyifatkan Lim adalah individu lebih baik daripadanya.

sumber : UM

“Peter Lim menyelamatkan Valencia daripada bankrap. Sudah pasti dia lebih baik daripada saya,” katanya.