TMJ mempunyai pandangan tersendiri

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menenangkan segelintir peminat yang tidak sabar-sabar mahu Safawi Rasid beraksi dalam skuad utama Portimonense SC.

Ada juga peminat yang meluahkan rasa kec3wa dan tidak kurang juga yang meng3cam barisan kejurulatihan kelab Portugal itu.

Namun, TMJ mempunyai pandangan tersendiri berhubung situasi yang dihadapi Safawi ketika ini.

Saya rasa penyokong bola sepak tanah air kena faham proses, katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Pemain kita datang daripada ranking rendah di dunia dan apabila pemain kita ke luar negara, mereka akan ada pesaing dalam pasukan mereka sendiri seperti Brazil, Colombia atau Ukraine yang berada di ranking sangat tinggi dalam dunia.

Dari kecil lagi pemain ini telah mendapat pendidikan bola sepak yang jauh lebih tinggi daripada kita di sini.

Jadi walaupun pemain kita berbakat, mereka perlu masa untuk berkembang. Kita kena hormati masa yang diberikan oleh kelab tersebut dan kita kena percaya proses tersebut.