Tonggak utama Selangor FC terpaksa melupakan saingan liga

Selangor FC berdepan tamparan hebat apabila dikhabarkan seorang lagi tonggak pasukan terbabit Halim Saari terpaksa melupakan saingan liga dalam tempoh lebih enam bulan apabila disahkan mengalami kec3deraan serius.

Pengurus pasukan Mahfizul Rusydin berkata, perkhabaran duka itu jelas merencatkan persiapan pasukan berkenaan untuk menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan akan datang selepas tiga pemain utama pasukan itu termasuk Brendan Gan dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim turut disahkan ced3ra.

Beliau berkata, keadaan Halim yang juga pemain kebangsaan akan dipantau oleh pasukan perubatan seterusnya mengambil tindakan lanjut untuk memastikan keced3raan lututnya pulih dengan cepat.
“Kita sudah menghantar Halim ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mungkin dia tidak boleh beraksi untuk perlawanan Liga Super akan datang. Sudah tentu kec3deraan dialami Saari menambah kebimbangan pasukan yang sebelum ini tidak dapat menggunakan khidmat dua pemain utama kerana cedera.

sumber : HM

“Namun, barisan kejurulatihan akan mencari jalan terbaik untuk membariskan pemain lain bagi mengharungi perlawanan akan datang,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.