Sukan

TRW kini bebas dari sekatan

Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan FC) hari ini mengumumkan berita gembira kepada para penyokong setia apabila Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengesahkan pasukan itu bebas daripada sekatan perpindahan berkuatkuasa serta-merta.

Ia bermakna skuad The Red Warr!ors kini boleh mendaftarkan pemain baharu termasuk mendapatkan pemain import berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang lebih mencabar musim depan.Kini Kelantan FC bebas dari sekatan ‘Transfer Ban‘ dan boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2021.

Kami dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fahmi Zhafri Ashraf & Co atas kerjasama yang amat baik dalam usaha membantu membebaskan kelab dari sekatan perpindahan yang telah dikenakan kepada pasukan sebelum ini.

https://web.facebook.com/trwkelantanfc/posts/4853316004738868

Pihak kelab juga mengucapkan terima kasih kepada FIFA, FAM, KAFA, MFL dan semua pihak yang menyokong dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kemajuan kelab ini.
InshaAllah, pasukan Kelantan FC bersedia bersaing pada musim 2021,” kata kenyataan daripada penasihat undang-undang TRW Kelantan FC.

Mereka sudah pun menyelesaikan tunggakan gaji pemain import terdahulu, Cassio Francisso sekali gus membuktikan komitmen pengurusan baharu dalam melunaskan hutang yang ditanggung sebelum ini.

Sebagai rekod, Kelantan FC sudah melunaskan tunggakan gaji Cassio dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM612,632.50 menerusi empat kali pembayaran.Pembayaran pertama pada 9 September lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM105,000 manakala kedua pada 13 September (RM189,000) dan terakhir pada 15 serta 17 Disember lalu membabitkan RM30,487.59 dan RM288,145.

Selain itu, mereka turut mengumumkan sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad The Red Warriors , Abou Bakr Al Mel.

sumber:vocketfc

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie berkata sebanyak RM969,283 sudah dibayar kepada bekas penyrang import dari Lubnan itu, menerusi dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lalu.