Tunggu Hujung Bulan Ni

TARIKH 31 Ogos ini bakal menjadi penentu hala tuju skuad bawah 19 (B-19) tahun negara sama ada akan tetap terb@ng ke Uzbekistan bagi menyertai Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 pada Oktober ini atau tidak.

Ia selepas Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul mengakui pihaknya masih belum membuat sebarang ketetapan berhubung status kejohanan itu.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFC yang bersidang hari ini memutvskan untuk menunggu sehingga hujung bulan ini dengan harapan w@bak C0v!d-19 menunjukkan pengurangan di seluruh negara Asia yang ketika ini sedang hebat diuji oleh pandem!k itu.

Malah katanya, keputusan berkenaan turut membabitkan empat kejohanan lain yang diletakkan dalam status pemantauan iaitu Kejuaraan B-16 di Bahrain), saingan Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC dan Kejuaraan Futsal yang dijangka berlangsung di Turkmenistan pada November ini

Masalah yang timbul akibat C0v!d-19 tidak memberi kita kebebasan untuk bergerak ke satu negara ke satu negara, tempoh kuar@ntin dan sebagainya.

“Jadi kita bincang tentang keutamaan pertandingan yang harus diteruskan, secara kesimpulan kita sentiasa mendapatkan maklumat dan akan menunggu sehingga hujung bulan ini untuk buat keputusan,” katanya.

Jelasnya lagi, perubahan mendadak kes C0v!d-19 yang sentiasa berubah dari hari ke hari nyata menyukarkan AFC untuk membuat keputusan dalam masa terdekat.

“Kita ada lima kejohanan yang akan berjalan pada tahun ini. Keputusan sukar dibuat kerana setiap hari kes C0v!d-19 sentiasa berubah dan mungkin apabila hampir dengan tarikh kejohanan keadaan akan menjadi baik.

“Banyak perkara yang belum pasti jadi kita tunggu sekurang-kurangnya 31 Ogos ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober dan November ini akan dilangsungkan semula dalam kalender aksi antarabangsa pada Mac tahun depan.

Kita akan habiskan semua perlawnan kelayakan pusingan kedua pada Mac tahun depan.

“Semua pasukan akan menghabiskan baki perlawnan mereka dan FIFA juga mengumumkan jadual baharu sekali gus memberi tempoh masa untuk AFC merangka semula semua jadual pertandingan yang terg@nggu akibat C0v!d-19,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *