Wan Kuzain tersenarai dalam Top 10

Pemain muda negara yang berkarier di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal tersenarai dalam top 10 ejen bebas bagi menghadapi saingan Major League Soccer  musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang sentiasa membawa perkembangan pemain Malaysia di luar negara iaitu H@rimau Abroad dimana laman web USL Championship menyen@raikan Kuzain sebagai pemain yang wajar diberikan k0ntrak oleh pasukan di saingan USL dan MLS.

Tiga musim selepas menandatangani kontrak sebagai pemain Homegrown dengan Sporting Kansas City, Wan Kuzain tidak mecapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh beberapa rakan sepasukannya dengan SKC II seperti Gianluca Busio, Jaylin Lindsey dan Felipe Hernandez dimana ketiga-tiga pemain mempunyai sekurang-kurangnya 750 minit bermain musim ini.

Oleh itu, apa yang boleh ditawarkan oleh Kuzain ialah menghubungkan titik di bahagian tengah kepada bahagian sisi. Pemain berusia 22 tahun ini yang pernah dic@lonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik pada tahun 2018 mempunyai kadar hantaran sebanyak 89.2 peratus 2.446 dari 2.742 dalam 61 penampilannya di saingan USL.

Sporting Kansas City FC memutuskan untuk tidak memberi Wan Kuzain kontrak lanjutan bagi menghadapi saingan musim 2021.

Selain Kuzain, seorang lagi pemain yang mempunyai d@rah Malaysia, Issacs Angking turut tidak mendapat k0ntrak lanjutan namun pemain itu akan ber@ksi bersama Johor Darul Ta’zim  musim hadapan.