Ya, saya bukan meletak jawatan, saya dipecat

“Saya terima seadanya keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).”

Itu kenyataan B Satianathan apabila dia akhirnya dip3cat persatuan itu, dipercayai susulan kekalahan besar 6-1 skuad The Red Giants ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Sabtu lalu.

Dengan pem3catan ini, bekas jurulatih skuad kebangsaan itu disifatkan mendapat ‘cuti’ lebih awal memandangkan kontraknya bersama pasukan itu turut akan berakhir pada hujung tahun ini.

Situasi ini juga menyaksikan Satianathan menjadi korban kedua musim ini selepas pengendali Kelantan United, Zahasmi Ismail menjadi jurulatih pertama Liga Malaysia (Liga M) yang direhatkan minggu lalu.

“Ya, saya bukan meletak jawatan kerana saya dipecat. Itu yang diputuskan dalam pertemuan bersama pengurusan tertinggi FAS pagi tadi (semalam).

“Saya terima keputusan ini dan saya tidak lagi akan bersama mereka untuk menghabiskan baki musim ini, namun mereka akan membayar pampasan untuk baki kontrak saya selama empat bulan.

“Apapun, saya berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan pemain pada musim ini di mana daripada lapan perl@wanan, kita hanya t3was dua kali. Saya rasa itu adalah persembahan yang baik.

“Saya menikmati sepanjang hampir dua tahun saya di Selangor dan bekerja dengan pemain yang ada. Tetapi mereka perlu tahu realiti sebenar bola sepak semasa dan suasana yang berlaku ketika ini kerana ini bukanlah tahun 60an dan 70an,” katanya.

Sebagai rekod, Satianathan yang memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dilantik sebagai pengendali baharu Selangor pada November 2018 bagi menggantikan Nazliazmi Mohd Nasir.

Ketika ini, Selangor menghuni tangga ketujuh Liga Super selepas menghimpun 10 mata menerusi dua kemenangan dan empat keputusan seri dan misi mereka untuk ke saingan Asia tampak sukar memandangkan saingan hanya berbaki tiga perlawanan.

Bagaimanapun, jika mereka gagal menamatkan saingan selaku naib juara, mereka masih boleh memburu tiket ke Piala AFC 2021 iaitu dengan memenangi Piala Malaysia.

sumber : BH

Biodata B Satianathan

Nama penuh: Bhaskaran R Satiananthan

Tarikh lahir dan tempat: 9 Mei 1958 (62), Perak

Pasukan pernah dibimbing: 1992 Negeri Sembilan, 2006 MPPJ FC (sementara), 2006—2008 Skuad B-23 Malaysia, 2007—2009 Malaysia, 2009—2010 Kelantan, 2011—2015 ATM, 2017—2018 Felda United, 2018—2020 Selangor

Pencapaian: Skuad B-23 Juara Pestabola Merdeka 2007, Kelantan Juara Piala Malaysia 2010, ATM Juara Liga Perdana 2012, FELDA United Juara Liga Perdana 2018, Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2010, 2012, 2017