Zainal Abidin Hassan akui kec3wa

Jurulatih Melaka United (MU) Zainal Abidin Hassan mengakui kec3wa selepas pasukannya sekadar seri 1-1 berdepan Sabah di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Baginya, keputusan kurang memberangsangkan terbabit antaranya atas faktor pemain gagal mengambil kesempatan di laman sendiri ketika mereka menguasai hampir keseluruhan aksi.

Katanya, lawan dilihat mengambil pendekatan bertahan namun mereka bijak meraih satu satu-satunya peluang terhidang dengan jaringan pendahuluan pada minit akhir babak pertama sehingga pasukan tertekan walaupun menguasai permainan.

Malah kesilapan lambat menutup ruang menyebabkan lawan meraih jaringan dalam masa sama mereka gagal memanfaatkan peluang yang akhirnya menyebabkan pasukan tidak mampu meraih mata maksimum.
Menurutnya, tindakan lawan berhimpun di kawasan mereka amat menyukarkan namun pemain masih mampu melakukan percubaan menerusi Sony Norde dan Alex Gonzales namun tidak disempurnakan dengan baik.

“Saya kec3wa dengan keputusan. Namun usaha pemain bangkit dan menekan lawan amat baik sekali gus menyamakan kedudukan. Jika mereka lebih fokus tdak mustahil tiga mata mampu diperoleh.

“Justeru pendekatan terbaik akan diatur untuk menghadapi saingan berdepan PJ City pada 10 Mac ini. Sehubungan itu pemain harus meningkat keupayaan mereka dengan cepat kerana lima perlawanan terdekat amat penting bagi mengelak kehilangan mata,” katanya.

sumber : HM

Zainal berkata, dia akan melakukan bedah siasat terhadap keseluruhan persembahan pasukan kerana enggan lagi kecewa dalam perlawanan selepas ini.