Sukan

Akui bukan tugas yang mudah – Kpah Sherman

Peny3rang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman mengakui bukan tugas mudah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

“Kami sudah memberikan yang terbaik dalam latihan dan perlawanan pramusim sebelum ini. Segala yang ditetapkan oleh ketua jurulatih bakal menjadi panduan untuk perlawanan Sumbangsih Jumaat ini.

“Menentang JDT bukan sesuatu yang mudah tambahan beraksi di tempat mereka. Malah kami perlu lebih bersedia dan memiliki keazaman yang tinggi dalam usaha memastikan piala berkenaan dapat kami bawa pulang ke Kedah pada kali ini.

“Sudah pasti, sebagai penyerang saya mahukan aksi yang lebih bertenaga ketika bergandingan bersama pemain lain untuk memulakan liga musim ini. Pada masa yang sama, saya berharap semua penyokong dapat terus mendoakan kejayaan kami,” katanya yang meledak 11 gol musim lalu.

Seorang lagi pemain import KDA FC, Kipre Tchetche melahirkan rasa teruja untuk kembali menyambung tugas penting buat skuad H3lang Merah musim ini termasuk menentang JDT pada aksi Sumbangsih.

“Seperi tahun lalu juga, saya mahu memberi fokus 100 peratus untuk memulakan aksi liga musim ini dan memburu kemenangan bagi perlawanan Sumbangsih pada Jumaat ini,” katanya.

sumber : BH

Pada perlawanan Sumbangsih musim lalu, JDT muncul pemenang selepas menewaskan Kedah 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim.