Sukan

Amri Yahya jalani ujian bersama pasukan baharu

Bekas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah dilaporkan bakal menjalani ujian bersama Sabah FC sekaligus mencari peluang untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selain Amri, seorang lagi pemain iaitu N.Thanabalan juga akan menjalani ujian bersama kelab dari Borneo itu.

Musim lalu, Amri beraksi bersama Sarawak United setelah meninggalkan Selangor. Amri meninggalkan pasukan yang membesarkan namanya itu buat kali kedua kerana faktor tidak sehaluan dengan jurulatih ketika itu, B.Satianathan.

Walaubagaimanapun, Amri tidak mempunyai banyak peluang untuk menampilkan prestasi sebenar setelah saingan liga dipendekkan ekoran pand3mik C0VID-19 yang melanda dunia.

Sarawak United menamatkan saingan Liga Perdana musim 2020 di tangga ke-10 sekaligus gagal melayakkan diri ke Liga Super musim ini.