Sukan

Aura Muda Jepun Sah Perkuat KUFC

Kelantan United Football Club (KUFC) mempertaruhkan jurulatih muda daripada Jepun, Akira Higashiyama sebagai pengendali pasukan bagi menghadapi saingan Liga Perdana, musim depan.

Higashiyama, 31 yang juga bekas jurulatih Kuching City FC (KCFC) mengikat kontrak selama setahun. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dengan pernah membimbing kelab di beberapa negara seperti Mongolia dan New Zealand

Selain Akira, KUFC turut menandatangani pengambilan bekas pemain KCFC kelahiran Jepun, Yuki Tanigawa, 23. Ini adalah pasukan kedua beliau di negara ini dan pernah bergandingan dengan seorang lagi import Jepun, Yuta Suzuki ketika bersama KCFC..

Majlis menandatangani Higashiyama dan Tanigawa diadakan di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pengambilan jurulatih dan pemain import negara matahari terbit itu berjaya hasil kerjasama dengan syarikat minuman pribiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.

Kita buat keputusan ini atas keyakinan orang Jepun serius dalam kerja mereka selain sangat berdisiplin sekali gus memperlihatkan keseriusan pasukan kita untuk menghadapi persaingan Liga Perdana tahun depan.

sumber : BH

Kita memang mahukan orang-orang muda memperkuat KUFC. Bagi senarai penuh pemain, kita jangka umumkan dua minggu lagi, katanya selepas majlis berkenaan.