Sukan

Dooley sudah berada di Kuantan

Pasukan Sri Pahang FC sah mendapatkan khidmat jurulatih import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia  musim ini.

Ini kerana jurulatih berasal dari Jerman, Thomas Dooley yang disebut-sebut akan membimbing Sri Pahang dikhabarkan sudah berada di sini.

Menurut sumber Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Dooley yang pernah bermain dengan kelab Jerman, Bayer Leverkusen akan memulakan tugasnya bersama pasukan itu, Isnin ini.

Memang benar Dooley sudah berada di Kuantan dan dijangka bertemu pegawai PBNP, barisan kejurulatihan dan pemain, esok.

Isnin ini, dia (Dooley) akan memulakan tugas pertamanya selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC, kata sumber berkenaan. Sebelum ini, pelbagai spekulasi Sri Pahang akan mendapatkan khidmat jurulatih import bagi saingan Liga M terutama berdepan cabaran dalam Liga Super.

Walaupun ada beberapa nama disenaraikan termasuk jurulatih tempatan, Dooley yang pernah membimbing skuad Filipina berjaya menarik minat pengurusan Sri Pahang.

Selain itu, dia mempunyai pengalaman ber@ksi dengan beberapa kelab terkemuka di Jerman iaitu Bayer Leverkusen dan Schalke 04.

Dooley pernah dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan Amerika Syarikat pada 2011 hingga 2012.

sumber:BH

Kali terakhir Pahang mendapatkan khidmat jurulatih import pada 2014 apabila skuad Tok Gajah dikendalikan oleh Ronald Smith.

Namun, Smith hanya membimbing Pahang empat bulan sebelum diambil alih Zainal Abidin Hassan.