Sukan

Dua striker terbaik Liga M jadi taruhan

Gandingan dua peny@rang terbaik Liga Malaysia (Liga M) musim lalu bakal menjadi taruhan pasukan Selangor FC dalam misi merobek gawang lawan musim ini.

Peny3rang import, Ifedayo Olusegun memenangi anugerah Kasut Emas selepas mengumpul 12 gol sepanjang musim lalu manakala Shahrel Fikri yang beraksi bersama Perak sebelum ini pula dinobatkan sebagai Peny@rang Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20).

Lantas, dengan keupayaan dan keampuhan jentera depan skuad Red Giant itu, sudah pastinya momentum sama diharapkan daripada dua penggempur itu musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, Ifedayo dan Shahrel akan digandingkan bersama dan beliau percaya kedua-duanya mampu menampilkan persefahaman meskipun baru kali pertama digandingkan.

“Ikut perancangan pasukan, memang kita gandingkan Ifedayo dan Shahrel di bahagian serangan. Kedua-dua ada keistimewaan dan mereka antara penyerang terbaik musim lalu. Kita harap prestasi sama akan dikekalkan dan harap mereka akan bermain baik,” katanya kepada Arena Metro.

Beliau berkata, musim ini Ifedayo akan mengisi slot selaku pemain Asia apabila tonggak kelahiran Nigeria itu memohon pasport Bahrain.

“Ya, dia akan didaftarkan sebagai pemain kuota Asia musim ini. Walaupun ada satu lagi kekosongan untuk pemain import dari benua lain, perancangan kita tetap sama mahu Ifedayo dan Shahrel digandingkan,” katanya.

Terdahulu, Selangor FC mengumumkan secara rasmi pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff dan tonggak pertahanan dari Jerman, Tim Heubach diikat musim ini selepas mengekalkan Ifedayo dan Safuwan Baharudin (kouta Asean).

sumber : HM

Ini bermakna, jika Ifedayo didaftarkan sebagai pemain import Asia, Selangor FC masih mempunyai satu lagi tempat untuk mengisi pemain import.