Sukan

Ifedayo dan Bergson berebut Posisi

Satu jaringan yang dil3dak Ifedayo Omosuyi ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Rabu lalu terus meletakkan striker Selangor FC itu di kedudukan teratas carta penjaring terbanyak Liga Super.

Ifedayo kini mengumpul 14 gol selepas 15 perlawanan, namun kedudukannya masih belum selamat dengan striker JDT, Bergson Da Silva mengekori rapat di belakang apabila merekodkan 13 gol setakat ini.

Malah, berdasarkan prestasi semasa Bergson yang mel3dak dua gol dalam dua perlawanan sebaik liga bersambung semula Sabtu lalu, tidak mustahil penggempur dari Brazil itu mampu merampas kedudukan Ifedayo.

Namun, Ifedayo juga sudah pasti memasang impian untuk mencipta rekod peribadi dalam Liga Super dengan mengekalkan status pemenang anugerah Kasut Emas yang dimenangi musim lalu selepas mel3dak 12 gol.

Sementara itu, striker Kedah Darul Aman FC (KDA), Kpah Sherman berada di kedudukan ketiga carta penjaring dengan mengumpul sembilan gol.

Sherman bagaimanapun kekurangan dua perlawanan selepas aksi KDA menentang Penang FC dan PJ City FC yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu dan Selasa lalu terpaksa ditangguhkan.

Ia susulan skuad Helang Merah terpaksa menjalani proses kuarantin berikutan dua pemain mereka didapati positif C0VID-19.

Kapten Kuala Lumpur, Paulo Josue dan striker Penang, Casagrande berada di kedudukan keempat dan kelima selepas masing-masing mel3dak lapan dan tujuh gol.