Sukan

Isu gaji dengan Carlos, bukan Sumareh

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berharap peminat skuad Sri Pahang supaya tidak keliru dengan isu pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Nama Sumareh kembali menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas PBNP dikatakan mengakui punca sebenar pemain itu meninggalkan Tok G@jah kerana kelewatan membayar gaji pemain berkenaan.

Ekoran itu, pemain kelahiran Gambia tersebut mengaktifkan klausa 8.7 untuk menamatkan kontraknya dengan skuad Tok Gajah.

Pengurus Pahang, Datuk Muhammed Suffian Awang berkata, PBNP tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung kelewatan membayar gaji kepada Sumareh.

Saya menafikan punca Sumareh ingkar dengan kontrak bersama PBNP adalah disebabkan isu kelewatan membayar gaji seperti laporan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa ekoran kesilapan laporan itu, Mohamed Suffian berkata, ia mungkin disebabkan oleh salah faham.

Menurutnya, isu kelewatan membayar gaji membabitkan seorang lagi bekas pemain import Pahang iaitu Ivan Carlos.

Carlos meminta PBNP melunaskan baki bayaran tertunggak seperti yang tular dalam laman media sosial milik pemain import berkenaan.

“Kelewatan itu berpunca daripada permintaan Carlos sendiri yang mahu gajinya dibayar melalui akaun bank luar negara yang mengambil masa untuk PBNP menguruskannya.

“Bagaimanapun isu tersebut telah selesai selepas PBNP melunaskan semua bayaran kepada Carlos awal bulan ini,” katanya.

Sumber : UM

Menurutnya, isu Sumareh telah diserahkan kepada peguam untuk tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan hanya mahkamah yang berhak menentukan pihak mana yang bersalah.