JDT buka AFC dengan langkah kiri, tunduk 0-1 di tangan Nagoya

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2021 dengan langkah kiri apabila tunduk 0-1 di tangan wakil Jepun, Nagoya Grampus pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok sebentar tadi.

Meskipun perlawanan kelihatan lebih didominasi Nagoya Grampus tetapi barisan pemain JDT terutamanya di jentera tengah mempamerkan corak permainan meyakinankan dalam menghalang lawan mereka untuk lebih bermaharajalela pada perlawanan ini.

Tidak banyak percubaan tepat yang dapat disaksikan pada perlawanan ini melainkan jaringan daripada Hiroyuki Abe dan r3mbatan hasil ‘cut inside’ daripada Naoki Maeda daripada Nagoya.

Manakala, JDT pula mendapat satu-satunya percubaan tepat menerusi r3mbatan dalam kawasan penalti dil3dakkan Arif Aiman Mohd Hanapi pada separuh masa pertama yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Mitchell Langerak.

Kealpaan barisan pertahanan JDT dihukum pada minit ke-60 apabila Ryogo Yamasaki melakukan larian bijak dalam kawasan penalti dan kemudiannya melakukan umpanan cantik buat Abe yang tidak dikawal.

Abe dengan tenang menolak masuk bola bagi memberikan jaringan pendahuluan meskipun barisan pemain JDT diketuai Mohd Farizal Marlias berkeras mendakwa Yamasaki berada dalam kedudukan ofsaid.

Pengadil perlawanan, Mohammed Abdulla Hassan Mohamed dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak mengendahkan bantahan daripada pemain JDT dan mengesahkan jaringan tersebut.

JDT hampir menyamakan kedudukan pada masa kec3deraan babak kedua tetapi tandukan daripada Bergson da Silva yang memb0losi gawang Nagoya itu terpaksa dibatalkan selepas pemain import kelahiran Brazil tersebut didakwa terlebih dahulu melakukan kekasaran terhadap pemain pertahanan, Yasuki Kimoto.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk meletakkan Nagoya Grampus di tangga kedua dengan tiga mata, hanya kekurangan perbezaan jaringan berbanding pendahulu, Pohang Steelers dari Korea Selatan.

JDT pula di tangga ketiga dan wakil Thailand, Ratchaburi Mitr Phol di kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.