Sukan

JDT Memenangi lima Anugerah ABK20

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) selepas memenangi lima anugerah dalam majlis yang diadakan, malam ini.

Penjaga gawang JDT, Farizal Marlias dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik disusuli Aidil Zafuan Abd Radzak dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik dan Safawi Rasid mengungguli kategori Pemain Tengah Terbaik.

Dua lagi anugerah yang dimenangi JDT menerusi ketua jurulatihnya, Benjamin Mora yang dipilih sebagai Jurulatih Terbaik selain H@rimau Selatan turut menutup tirai musim ini dengan penuh gemilang selepas dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik.

Hanya satu kategori yang dipertandingkan terlepas dari genggaman JDT apabila anugerah Peny3rang Terbaik menjadi milik pel3dak berbisa Perak, Shahrel Fikri Fauzi yang akan menyarung jersi Selangor musim depan.

Anugerah itu menyaksikan Shahrel atau lebih mesra dengan panggilan Eky membawa pulang dua trofi selepas turut dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020 dengan ledakan 10 gol musim ini.

Anugerah Kasut Emas dan Penjaring Terbanyak Liga Super menjadi milik Ifedayo Omosuyi yang meledak 12 Gol bersama Selangor manakala penyerang Pulau Pinang, Casagrande yang menghasilkan sembilan jaringan dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Perdana.

Turut mencuri perhatian, peny3rang muda Selangor 2, Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana dengan ledakan tujuh gol.

Sementara itu, pemain ke-12 iaitu seluruh penyokong Liga Malaysia (Liga M) dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk ABK20 Virtual.

Berbanding tradisi sebelum ini yang menyaksikan pemain terbaik tempatan dipilih menjadi pemenang anugerah MVP, barisan juri bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menganggap kemenangan itu patut diberikan kepada peminat sebagai tanda sokongan teguh mereka terhadap bola sepak tempatan selama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata penyokong wajar diberi penghargaan itu kerana kesetiaan mereka memberikan sokongan padu kepada kelab masing-masing biarpun berdepan detik sukar ketika pandemik COVID-19.

Beliau berkata, jumlah tontonan Liga M sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) menjadi antara salah satu faktor mengapa penyokong bola sepak tanah air dipilih menjadi pemenang MVP sekali gus melakar sejarah baharu dalam ABK.

“Jika kita mengimbau kembali perjalanan liga musim ini, sebanyak 29,315,113 jumlah tontonan Liga M 2020 yang menunjukkan satu angka cukup positif dan membuktikan bola sepak cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

“Aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor dalam Liga Super mencatat jumlah tontonan tertinggi iaitu 1,385,727 sementara tontonan tertinggi Liga Perdana sebanyak 37,133 membabitkan perlawanan UKM FC menentang Kelantan.

“Saya mewakili MFL mengucapkan tahniah kepada penyokong Liga M di atas kejayaan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan, pemain, penaja dan lain-lain atas sumbangan mereka dalam menjayakan Liga Malaysia 2020,” katanya.

sumber : BH

Senarai Pemenang ABK20

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Safawi Rasid (JDT)

Peny3rang Terbaik: Shahrel Fikri Fauzi (Perak)

Jurulatih Terbaik: Benjamin Mora (JDT)

Pasukan Terbaik: Johor Darul Ta’zim (JDT)

Kasut Emas: Ifadeyo Omosuyi (Selangor)

Penjaring Terbanyak Liga Super: Ifadeyo Omosuyi (Selangor)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super: Shahrel Fikri Fauzi (Perak)

Penjaring Terbanyak Liga Perdana: Casagrande (Pulau Pinang)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana: Danial Asri (Selangor 2)

Anugerah Khas (MVP): Penyokong Liga Malaysia