Sukan

Kami bukanlah musuh

Sri Pahang FC menandatangani bekas jurulatih Fiji, Christophe Gamel, selaku penolong jurulatih kepada Thomas Dooley manakala bekas jurulatih, Dollah Salleh, akan bertindak selaku pengurus pasukan Tok Gajah itu.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena hari ini, Dooley berkongsi mengenai pandangannya terhadap Gamel, yang pernah menjadi lawannya ketika membimbing skuad kebangsaan Filipina satu ketika dahulu.

“Saya sudah mengenalinya (Gamel) untuk tempoh yang panjang. Sebelum saya ke sini, saya amat tertarik dengan caranya mengemudi pasukan.

“Dia mempunyai perwatakan dan berdasarkan perbualan saya dengannya mengenai bola sepak, kami memiliki pandangan yang sama.

“Saya pernah berharap satu hari nanti, sekiranya saya mengendalikan sebuah pasukan, saya mahukan pembantu yang berfikir seperti saya, bercakap seperti saya dan berasakan seperti saya.

“Kami bukanlah musuh, kami tidak pernah menyalahkan sesama sendiri, kami menjadi jurulatih dan pasukan kami menentang sesama sendiri. Ia satu cerita berbeza.

“Tetapi kami ada berbual sebelum perlawanan dan adakalanya dalam perlawanan.

“Apa yang kami lakukan selepas itu adalah kami meluangkan masa bersama. Dia datang ke Filipina selama beberapa hari dan kami ada keluar bersama.

sumber : SA

“Saya membesar bersama komuniti Perancis, jadi saya boleh bercakap sedikit bahasa Perancis. Kami berbincang mengenai permainan ini dan berasakan terdapat keserasian,” katanya.