Sukan

KDA FC kekalkan warna Tradisi hijau kuning

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melancarkan jersi baharu dengan mengekalkan warna tradisi hijau dan kuning, sebentar tadi.

Jersi baharu pasukan Kedah FC yang dilancarkan hari ini.

Jersi hijau dan kuning itu akan dipakai ketika beraksi di laman sendiri, manakala warna hijau dan merah akan digunakan apabila beraksi di laman lawan pada tiga pertandingan utama musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Pelancaran jersi itu dibuat secara virtual melalui laman Facebook KDA FC.

Pada majlis itu juga, KDA FC mengumumkan barisan penaja musim 2021 dengan penaja utama Widad Langkasuka iaitu Widad Busines Group (WBG) .

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, WBG antara syarikat berpengalaman yang beroperasi dalam pelbagai industri di Malaysia.

sumber : BH

“KDA FC turut memeterai perjanjian penajaan bersama Cosmic Express sebagai pengangkutan rasmi selama setahun,” katanya.