Sukan

keinginan untuk bermain dua hingga tiga musim lagi – Kojie

Ketika rakan lain sudah mula mengikuti sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia (Liga M), namun episod sebaliknya berlaku kepada bekas peny3rang kebangsaan, Mohd Fauzi Roslan.

Menurut pemain kelahiran Pekan itu, sehingga kini dia masih tercari-cari pasukan baharu yang sudi menggunakan khidmatnya selepas kontrak bersama Sarawak United tidak disambung sebelum ini.

“Hati saya masih kuat ingin terus beraksi dalam saingan Liga M bagi tempoh beberapa musim lagi. Saya masih lagi mampu memberi persembahan terbaik sekiranya diberi peluang,” katanya yang mula dikenali selepas mewakili Pahang.

Mohd Fauzi atau Kojie memberi jaminan dapat mempamerkan persembahan diharapkan sekiranya diberi kepercayaan jurulatih kerana faktor usia bukan penghalang untuk dia menyerah kalah.

Katanya, bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga dia kini mengusahakan perniagaan ‘steamboat’ dan sup tulang masak kicap di Pekan.
sumber : BH

“Walaupun tempoh pendaftaran pemain untuk saingan Liga M hampir penghujungnya namun saya tetap berdoa supaya impian meneruskan kerjaya bola sepak profesional menjadi kenyataan. Saya ingin bermain dua hingga tiga musim lagi sekiranya ada pasukan berminat,” katanya.