Sukan

Kelantan United mahu sambung pesta gol di Stadium Larkin

Keputusan kenduri gol Kelantan United Football Club (KUFC) pada perlawanan lalu memberi sunt!kan untuk pasukan itu bertemu lawan seterusnya, JDT II, di Stadium Larkin, Ahad ini.

Ketua Jurulatihnya, Nazrulerwan Makmor berkata, anak buahnya bersedia memberi saingan sengit dan ‘mengig!t’ kelab feeder dari selatan itu.

Katanya, KUFC akan beraksi seperti biasa dan tiada niat untuk sekadar bertahan dalam aksi Liga Perdana selepas menang besar ke atas Perak II, Rabu lalu.

Seperti kita tahu JDT II mempunyai tempoh rehat yang panjang berbanding kami yang melalui perjalanan panjang pada minggu ini.

Namun saya bersyukur, pemain bebas daripada kec3deraan dan boleh bermain sepenuhnya pada perlawanan Ahad ini, katanya kepada media, hari ini.

Katanya, beliau percaya semua pemain akan menggalas tugas yang diberikan dengan baik pada perlawanan nanti.

KUFC kehilangan tiga pemain utama kerana penggantvngan perlawanan selepas mengutip kad pada aksi men3ntang Perak II lalu.

“Namun saya percaya,pemain lain berkemampuan beraksi cemerlang dan membantu pasukan mencatat kejayaan,” katanya.

Tambah beliau, kehadiran KUFC ke Larkin tidak akan sesekali turun bertahan sebaliknya pemain dipesan untuk tetap fokus kepada perlawanan agar tidak tertekan diasak lawan yang dijangka menerapkan corak menyerang.

Sehingga kini KUFC menduduki tangga ke lima dalam carta liga dan sudah pasti memburu tiga mata untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.