Kemenangan besar 5-0 Nagoya tidak rentap semangat JDT

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menyasarkan untuk meraih keputusan positif pada perlawanan pertama saingan AFC Champions League (ACL) men3ntang kelab Jepun, Nagoya Grampus malam ini.

Farizal yang baru saja menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menegaskan beraksi di Thailand bukanlah satu isu kepada para pemain.

“Apa yang penting ialah persiapan kami baik dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi perlawanan pada esok (hari ini). Saya harap kami dapat meraih keputusan positif pada perlawanan itu nanti,” kata Farizal Marlias pada sidang media sebelum perlawanan.

Nagoya Grampus pula sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini dimana mereka ketika ini menduduki tangga kedua dalam saingan J1 selain mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Mizushima dalam aksi Emperor’s Cup sebelum bertolak ke Thailand.

Satu lagi perlawaan dalam kumpulan G melibatkan kelab Korea Selatan, Pohan Steelers men3ntang kelab Thailand, Ratchaburi.

Empat pasukan dalam kumpulan G iaitu Nagoya Grampus, Pohang Steelers, Johor Darul Ta’zim dan Ratchaburi berkampung di Thailand setelah negara itu dipilih sebagai tuan rumah bagi semua perlawanan peringkat kumpulan G.