Kenyataan seolah-olah mahu memburukkan JDT

Bekas pemain Johor era 90-an, Hasnizam Uzir kec3wa dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor yang menuduh pemain dan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa budaya ala sams3ng.

Dakwaan Menteri Besar Kedah itu berikutan insiden tegang membabitkan pemain JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas berakhir babak pertama aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu lalu seolah-olah mahu memburukkan JDT.

Menurut Hasnizam, Muhammad Sanusi sebagai figura awam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan ibarat mencurah minyak ke atas api yang boleh mencetus perasaan benci antara penyokong KDA FC dan JDT.

“Untuk apa Presiden KFA (Muhammad Sanusi) membuat kenyataan tidak matang itu. Mahu cari publisiti murahan. Sepatutnya beliau bersikap profesional dan tidak memperbesarkan ins!den berkenaan kerana sukan bola sepak adalah untuk menyatukan pemain, jurulatih dan penyokong, bukan melaga-lagakan.Disyorkan Untuk Anda

“Muhammad Sanusi sepatutnya mengikut langkah ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak yang bersikap profesional apabila menyatakan tidak tercetus insiden tegang selepas tamat perlawanan, sebaliknya kesemua pemain KDA FC dan JDT bersalaman antara satu sama lain.

“Sebagai seorang ketua sebuah organisasi dan seorang profesional beliau sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang lebih adil dan bijaksana berdasarkan apa yang berlaku dari awal. Jika diimbas semula perlawanan itu, pemain KDA FC yang kerap melakukan prov0kasi terhadap pemain JDT.

“Kta lihat sendiri apa tindakan Renan (Alves) yang secara sengaja menghalang dengan ke ras larian Gonzalo Cabrera yang terpaksa dikejarkan ke hospital. Insiden Azamuddin Akil dengan sengaja mengasari Corbin Ong tanpa bola di hujung-hujung perlawanan. Kenapa tidak persoalkan tindakan kedua-dua pemain KDA FC itu, ” katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi secara terbuka meluahkan rasa kesal terhadap JDT yang hadir ke Stadium Darul Aman dilihat sebagai tidak menghormati pihak tuan rumah apabila melabelkan pasukan juara liga tujuh musim berturut-turut itu `cengei’ (bengis).

Hasnizam yang juga penganalis bola sepak tanah air berkata, sepatutnya Muhammad Sanusi menasihati pemain-pemainnya dan jurulatih Kedah supaya lebih bersikap terbuka dan beretika tinggi sebagai seorang profesional dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.

sumber: BH

Katanya, kenyataan beremosi itu menunjukan beliau masih lagi tidak bijak dalam mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang beretika tinggi, sebaliknya memberi komen yang boleh mencetuskan perasaan benci dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan.

“Sepatutnya Muhammad Sanusi harus mengingatkan setiap pemain Kedah mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa mendidik pemain-pemain dan pengurusan Johor DT untuk kekal berdisiplin dan berintegriti tinggi,” kata Hasnizam.