Sukan

Liga Malaysia (Liga-M) jangan jadi macam (EPL)

SETIAP kelab yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal pergerakan setiap pemain susulan keadaan peningkatan kes C0v!d-19 yang begitu ketara.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, kegagalan kelab untuk mengawal pemain bakal memberikan kesan buruk kepada saingan Liga-M yang akan membuka tirainya penghujung Februari ini.

Menurutnya, beliau turut memberikan contoh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang mengalami peningkatan kes disebabkan pengurusan kelab bola sepak di negara itu bersikap sambil lewa memantau pemain.

“Kelab bola sepak kena hadkan pemain mereka berhubung dengan orang luar kerana pemain adalah watak penting dalam industri bola sepak ini. Jika ramai daripada mereka dij@ngkiti, maka sesuatu kejohanan itu mungkin terpaksa ditangguhkan.

“Kelab seharusnya melatih pemain ini dengan apa yang dimaksudkan dengan norma baharu.Sebagai contoh, mereka tidak boleh senang-senang pergi makan di kedai mamak, mereka tidak boleh senang-senang bergaul dengan orang ramai.

“Mereka sebagai atlet umpama petugas barisan hadapan. Mereka kena jaga diri apatah lagi bola sepak ini juga periuk nasi mereka.kalau kejohanan tidak dapat dilangsungkan akan menyebabkan kesukaran kepada banyak pihak bukan sahaja kepada pemain, tetapi juga mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam industri bola sepak ini,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Terdahulu, kes C0v!d-19 di negara ini mengalami peningkatan mendadak dan berkemungkinan akan terus meningkat mencecah 8,000 kes seawal minggu ketiga Mac depan seperti diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan penularan C0v!d-19 dalam kalangan pemain sekali gus memberikan kesan kepada saingan Liga-M yang akan bermula 28 Februari ini.
Dalam pada itu, Mohd Sadek turut mengemukakan beberapa cadangan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan kelab agar langkah awal boleh dilakukan sebelum saingan liga bermula.

“Saingan liga bagi saya tidak perlu ditunda, tetapi MFL perlu menempatkan semua pemain di satu tempat seperti dilakukan oleh sukan lain untuk mengelakkan wujud kes dalam kalangan pemain selain format liga mungkin perlu diubah sedikit.

sumber : SH

“Selain itu, kelab perlu mewajibkan setiap pemain mempunyai buku log atau melaporkan aktiviti mereka setiap hari kepada kelab agar majikan mereka tahu apa yang mereka lakukan selepas waktu latihan. Ini salah satu cara yang boleh dilakukan kelab untuk mengawal pemain,” katanya.