Sukan

Liridon mempunyai potensi besar – TCH

Pengendali H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap tonggak naturalisasi negara, Liridon Krasniqi akan dapat menemui semula sentuhannya selepas dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets.

Jelas Cheng Hoe, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempunyai potensi besar dalam membantu skuad kebangsaan dan peluang beraksi di A-League harus digunakan sebaiknya tonggak tengah meny3rang itu.

“Ini kesempatan untuk Liridon kembali menemui sentuhannya semula. Dia seorang pemain yang bagus dan saya tahu kemampuan dia.
“Liga Australia antara yang terbaik juga di Asia dan saya harap dia boleh bangkit dan dapat bantu pasukan negara dalam perlawanan antarabangsa selepas ini.

“Lagi pun dia ada pengalaman yang luas apabila sebelum ini juga pernah main di beberapa liga di Eropah dan dia tidak ada masalah sesuaikan diri di sana,” katanya kepada Arena Metro.

Kelmarin, Liridon yang juga pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh diumumkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Newcastle Jets selepas dipinjamkan oleh JDT.

Liridon yang meraih kerakyatan Malaysia tahun lalu akan menyertai pasukan yang beraksi dalam A-League itu sebaik saja pintu perpindahan dibuka pada 16 Februari ini.

Ketika ini, tonggak kelahiran Kosovo itu sedang menjalani tempoh kuarantin sebaik tiba di negara terbabit kelmarin.

Selain Liridon, seorang lagi pemain JDT dari Indonesia, Syahrian Abimanyu turut dipinjamkan ke kelab yang sama.

sumber : HM

Untuk rekod, Newcastle Jets kini menghuni tangga tercorot A-League daripada 12 pasukan apabila sekadar mengumpul empat mata daripada enam aksi yang sudah dilalui.