Sukan

Mahu tampil lebih agresif

Kelantan FC mahu tampil lebih agresif dan seterusnya meraih tiga mata penuh pada aksi kedua Liga Perdana menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium malam ini.

Pengendalinya Marco Ragini berkata, kemenangan ke atas skuad Projek FAM-MSN amat penting buat Kelantan FC untuk mendapatkan semula rentak selepas tumbang mengejut 0-1 kepada Perak II, Sabtu lalu.

“Setiap perlawanan yang dilalui selepas ini ibara aksi akhir buat The Red Warriors (TRW).

“Jadi kita perlu dapatkan semula tiga mata yang hilang minggu lalu untuk dijadikan sebagai motivasi bagi mengharungi saingan liga musim ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengendali kelahiran San Marino itu memberitahu, dia akan melakukan rombakan kecil berdepan pasukan itu nanti.

Katanya, rombakan itu bagi membolehkan dia menampilkan barisan terkuat untuk berdepan skuad kendali Yusri Che Lah nanti.

“Aksi kedua ini adalah penting untuk Kelantan FC. Kita mesti berusaha untuk dapatkan tiga mata yang tercicir pada aksi pembukaan lalu.

sumber : UM

“Pemain mesti bersedia sebaik sahaja visel perlawanan ditiup sehingga tamat perlawanan,” ujarnya.