Malaysia mohon bantuan FIFA

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membuktikan komitmen membela kebajikan dalam kalangan pemain-pemain apabila melancarkan satu tabung meringankan beban mereka yang berdepan tunggakan gaji.

Tabung FIFA Untuk Pemain Bola Sepak (FIFA FFP) ini menerima peruntukan sebanyak AS$16 juta (RM66 juta) adalah hasil kerjasama badan induk bolasepak dunia tersebut dan kesatuan pemain bola sepak profesional dunia (FIFPRO).

Menurut FIFA, objektif utama tabung ini adalah untuk memberi perlindungan kewangan kepada pemain-pemain yang tidak dibayar gaji oleh kelab masing-masing.

Fasa pertama $5 juta (20.6 juta) untuk Julai 2015 hingga Jun 2020, fasa kedua $3 juta (RM12.4 juta) untuk 2020, fasa ketiga $4 juta (RM28.9 juta) untuk 2021 manakala fasa keempat pula $4 juta (RM28.9 juta) untuk 2022.

Untuk rekod badan induk bola sepak dunia itu menerima 1,089 permohonan untuk tempoh Julai 2015 hingga Jun 2020.

Namun begitu, daripada 1,089 permohonan hanya 1,005 kes sahaja diluluskan badan induk tersebut.

Tinjauan ke laman web FIFA mendapati Malaysia turut memohon bantuan berkenaan yang dibahagikan kepada empat peringkat bayaran.

sumber : SH

Malaysia dengan 147 kes yang merupakan kes kedua tertinggi selepas Greece (291 kes).