Sukan

Memiliki barisan s3rangan yang baik, Berapa gol Selangor mahu?

Kemasukan bekas peny3rang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, Selangor kini boleh dianggap antara pasukan dengan jentera s3rangan paling ‘meny3ngat’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Berdasarkan statistik, The Red Giants memiliki tiga penggempur berbisa dalam kancah tempatan musim ini menerusi peny3rang import, Ifedayo Olusegun yang meledak 12 gol sekali gus muncul selaku penjaring terbanyak Liga Super.

Shahrel pula mengesahkan status sebagai penjaring terbanyak tempatan Liga Super apabila menyumbat 10 gol selain mereka turut ‘menaikkan pangkat’ penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana, Danial Asri daripada Selangor II ke skuad utama musim depan.

Kombinasi gol tiga pemain ini menyaksikan mereka sudah meledak 28 gol sekali gus perkembangan ini sedikit sebanyak memberi petanda betapa Selangor wajar menjadi antara pasukan yang perlu diawasi musim depan.

Mengulas mengenai pemilihan Shahrel, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Micheal Feichtenbeiner menyifatkan pemain kebangsaan itu sebagai peny3rang yang ‘lengkap’ dan kehadirannya pasti dapat membantu pasukan.

Jelas pengendali dari Jerman itu, dia mendapati Shahrel adalah peny3rang yang paling menarik di negara ini dengan pemain itu sedang berada pada usia yang terbaik untuk terus berkembang.

“Ketika mengadakan perbincangan, saya dapat merasakan yang dia mahu terus menjadi bertambah baik dan di Selangor, kami memerlukan pemain sebegini yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik.

“Dia juga boleh beraksi di mana-mana posisi s3rangan s3perti peny3rang tengah ataupun pemain sayap. Dia memiliki kualiti yang lebih baik berbanding pemain tempatan yang lain.

sumber : BH

“Dengan adanya Ifedayo, Shahrel, Norhakim Hassan, Sean Selvaraj serta pemain senior lain termasuklah Danial, kita memiliki barisan s3rangan yang baik,” katanya.