Sukan

Mora cuba elak perkara yang tidak digemari JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora enggan meletakkan kejayaan pada musim lalu sebagai ukuran sebaliknya pemburuan merangkul Piala Sumbangsih ibarat piala pertama yang ingin dimenangi.

Pastinya bagi Mora pertembungan men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi pembuka tirai Liga Super dan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok ibarat pert3mbungan buku dan ruas.

Katanya, persiapan rapi dilakukan sepanjang sesi latihan walaupun terpaksa berlatih di Johor namun beberapa perlawanan pemanas badan bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tampak beri k3san terutama kekuatan fizikal dan m3ntal pemain.

Walaupun kami sudah menang beberapa piala musim lalu, tapi saya tidak mahu meletakkan pencapaian lalu sebagai penanda aras, sebaliknya saya anggap ia piala pertama yang kami bvru dan cuba sedaya upaya untuk memenangi dan mengutip tiga mata.

“Memang pemain kurang mendapat minit perlawanan yang kompetitif tapi kami sudah merangka latihan agr3sif selain beberapa perlawanan bersama JDT II dan juga aksi antara sesama sendiri dan tampak beri k3san positif dalam persiapan pasukan,” katanya.

Ditanya sama ada pemain import JDT II, Fernando Rodriguez akan diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi men3ntang skuad kendalian Aidil Sharin Sahak, pengendali kelahiran Mexico sekadar memaklumkan pemain import dari Brazil sudah menjalani latihan bersama JDT.

Kita tengok bagaimana keadaan sama ada Fernando akan diturunkan atau tidak kerana selain pemain itu kelibat Hazwan Bakiri dan Syafiq Ahmad menunjukkan peningkatan yang baik pada sesi latihan dan ini beri ruang kepada saya membuat pilihan.

sumber : HM

“Untuk pertembungan men3ntang Kedah, kami mahu menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit dan cuba elak daripada sepakan penalti kerana saya tidak gemar sepakan penalti. Memang mengg3runkan,” kata Mora.