Sukan

Mungkinan pembayaran masih belum dikemaskini oleh bank

Melaka United FC (MUFC) menafikan dakwaan bekas pemainnya, Curran Lawrence Singh Ferns bahawa kelab itu masih belum membuat pembayaran kepada pemain dan pegawai pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, kesemua tunggakan berjumlah hampir RM1 juta itu telah pun berjaya diselesaikan menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Bagaimanapun, Mohd Saiful tidak menyangka kenyataan terkini terkini pembayaran yang dimuat naik di laman sosial, telah mendapat kecaman daripada Curran Lawrence Singh yang mendakwa dia masih belum menerima sebarang pembayaran setakat ini.

“Tunggakan gaji dan elaun bagi Curran Lawrence Singh dan seorang lagi bekas pemain import, Uche Agba sebenarnya telah selesai dibuat dan semua bukti pembayaran itu ada pada kita.

“Oleh itu kita harap dia (Curran Lawrence Singh) bersabar kerana kemungkinan pembayaran itu masih belum dikemaskini oleh bank. Dia kena tunggulah.

“Setakat ini, kita telah selesaikan semua tunggakan elaun dan gaji termasuk kepada seorang lagi bekas pemain import MUFC, Narupon Wild Putsom yang kita akan bayar mengikut jadual pembayaran yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Saiful berkata, pihaknya juga telah berjaya melunaskan tunggakan keseluruhan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula telah mula dibayar mengikut jadual pembayaran ditetapkan.

Bayaran secara berjadual itu melibatkan 17 pegawai pasukan dan 18 pemain musim lalu yang masih kekal bersama skuad Hang Tuah itu musim ini.

sumber : SH

“Pembayaran ini bagi memastikan penyertaan MUFC dalam saingan Liga- M 2021 yang dijadualkan bermula 5 Mac 2021 tidak berdepan masalah dan tidak dikenakan tindakan yang boleh jejaskan imej bola sepak Melaka,” katanya.