Sukan

Oliver Buff kini milik Selangor FC

Pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff sah bergelar pemain import baharu Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Buff menjadi pemain import keempat dalam skuad G3rgasi Merah bagi saingan musim 2021.

Buff mempunyai pengalaman luas dalam saingan liga bola sepak Eropah dimana beliau pernah beraksi bersama kelab dari Switzerland, Sepanyol dan juga Cyprus.

Pemain berusia 28 tahun ini memulakan karier profesional bersama FC Zurich. Setelah tujuh musim beraksi bersama Zurich, Buff kemudiannua berhijrah ke Sepanyol dengan menyertai Real Zaragoza.

Dua musim bersama Zaragoza, Buff menyertai Anorthosis Famagusta pada 2019 sebelum kembali ke Switzerland dengan menyertai Grasshopper pada musim lalu

Di pentas antarabangsa, Oliver Buff pernah beraksi bersama skuad bawah umur Switzerland dimana beliau membantu skuad B-17 tahun negara itu memenangi temasya Piala Dunia B-17 pada 2009.

Buff juga pernah dipanggil untuk beraksi dalam temasya Sukan Olimpik 2012 di Londong, England.