Sukan

Pemain EPL sertai JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapat persetujuan mengikat pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan.

Perkembangan itu dimaklumkan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab berkenaan, JDT, hari ini.

Berusia 20 tahun, Nathaniel yang kini bersama kelab England, Wolverhampton Wanderers atau Wolves boleh menjadi prospek masa depan dan jangka panjang yang baik buat skuad H@rimau Selatan.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers.

sumber : BH

“Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun,” kata Edwards.