Pemain Import termuda TFC

Pemain kelahiran Bahrain, Habib Haroon adalah merupakan pemain import paling muda yang pernah ditandatangani oleh pasukan Terengganu FC pada ketika ini. Pemain berusia 21 tahun ini memutuskan untuk berhijrah bagi beraksi di Liga Malaysia selepas mendapat tawaran dari pasukan ini selepas beliau beraksi selama 3 tahun di Liga Bahrain.

Habib menyatakan setelah mendapat tawaran, beliau terus menyemak serta mengkaji serba sedikit berkenaan pasukan Terengganu FC dan beliau melihatkan pasukan ini adalah sebuah pasukan yang terbaik di Malaysia dan semestinya ia bakal menjajikan sesuatu yang positif untuk masa depan karier beliau memandangkan beliau masih muda dan memerlukan pasukan besar untuk mengembangkan karier beliau.

Habib ditandatangani Terengganu FC bagi menggantikan Chriss Herd bagi melengkapkan kuota pemain Asia dan peilihan pemain di bahagian tengah ini tidak lain dan tidak bukan untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan ini untuk baki saingan Liga Malaysia yang dijangka bakal lebih sengit selepas liga kembali bersambung tidak lama lagi.

Beliau bakal menyarung jersi bernombor 88 dan menyatakan ianya sebenarnya bukan nombor yang dipakainya sebelum ini di pasukan lama tetapi beliau terlihat di gambar ada seorang pemain Terengganu FC yang memakai jersi 77 ( Lee Tuck) dan beliau sangat tertarik dan ingin mencuba untuk mengenakan nombor berturutan seperti itu.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan, beliau melihatkan Habib adalah pemain tengah yang baik untuk skuadnya memandangkan pemain ini mempunyai banyak kelebihan sebagai pemain tengah termasuk boleh menjaringkan gol dari pelbagai jarak dan ianya dilihat bakal membantu pasukan ini terutama dalam merangka s3rangan.

Habib menyatakan juga, beliau merasa sangat senang kerana sebelum beliau diumumkan oleh pasukan ini, para penyokong telahpun ada yang menghubungi dan memberikan kata-kata penghargaan buatnya membuatkan beliau merasa lebih positif dan bersemangatn. Beliau turut menyatakan tujuan utama beliau adalah hadir untuk membantu pasukan ini untuk mendapatkan kejuaraan untuk dirinya, pasukan dan semestinya untuk penyokong.