Reaksi TMJ kekalahan JDT

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap memuji persembahan yang dipamerkan Harimau Selatan walaupun mereka tewas 1-0 di tangan Nagoya Grampus dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam tadi.

Sebaliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap JDT mempamerkan corak permainan yang baik pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand itu.

Menerusi satu komen di laman Instagram kelab, TMJ bagaimanapun seakan sedikit kec3wa selepas jaringan penyamaan Bergson Da Silva pada minit akhir perlawanan dibatalkan.

“Kami bermain dengan baik. Sayang gol dibatalkan. Apa pun syabas kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air yang memberi sokongan. Kita berjvang bersama-sama,” katanya.

Skuad kendalian Benjamin Mora ketinggalan pada minit ke-60 menerusi jaringan yang dihasilkan Hiroyuki Abe.

Bergson bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan, namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Mohamed Abdulla Hassan selepas mendakwa pemain import daripada Brazil itu mengasari pertahanan Nagoya Grampus.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, FC Pohang Steelers tidak berdepan masalah untuk menjinakkan kelab dari Thailand, Ratchaburi FC 2-0, sekali gus berada di tangga teratas kumpulan.

JDT akan mengharungi aksi seterusnya berdepan Ratchaburi di gelanggang sama, Jumaat ini.