Sukan

Safawi Tak Kisah Kena Kecam

Safawi Rasid harus menjadi pemain paling gembira di sebalik kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut, kelmarin.

Selain menjadi hadiah istimewa sempena sambutan hari lahirnya yang ke-24, aksi cemerlang dan satu gol yang disumbangkan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu membuktikan dia tidak t3rkesan dengan k3caman yang diterima sebelum ini.

Safawi menjadi m@ngsa k3caman di media sosial sebelum ini susulan dia tidak diberi peluang beraksi bersama skuad utama Portimonense selepas dipinjamkan ke kelab Portugal itu pada Oktober tahun lalu.

Keadaan itu menyaksikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan drastik apabila memanggil semula Safawi kembali ke pangkuan JDT untuk mengharungi aksi musim ini.

Walaupun sekadar memanaskan bangku simpanan ketika hampir tiga bulan bersama Portimonense, ia sama sekali tidak menjejaskan sentuhan berb!sa Safawi apabila dia berjaya mencipta nama selaku pemain pertama membuka ‘akaun’ gol dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Jaringan pada minit ke-35 dan membantu JDT menewaskan Kedah 2-0, kelmarin turut membuktikan bahawa keputusan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memanggil Safawi pulang sebagai tindakan yang amat tepat.

sumber : BH

Malah, perkataan “Alhamdulillah” yang ditulis Safawi di laman sosial, Instagram bersama gambarnya meraikan gol malam kelmarin cukup menggambarkan betapa gol itu penuh bermakna buat dirinya dan JDT.