Shahrul Saad akhirnya akui

Ketua pasukan Perak, Shahrul Saad mengulas mengenai isu perpindahan beliau ke Sri Pahang yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Shahrul mendedahkan beliau ada menerima panggilan dari pasukan Pahang namun masih belum membuat sebarang keputusan.

Sebenarnya saya ada menerima panggilan dari pasukan Pahang tetapi saya belum membuat sebarang keputusan.

“Saya masih ada masa untuk berfikir mengenai perkara tersebut. Sebagai pemain Perak, saya perlu fokus dahulu untuk pasukan. Kita lihat bagaimana nanti,” kata Shahrul Saad.

Shahrul dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang sejurus jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini dibuka pada 5 Mei lalu.

Perak mengalami isu tunggakan gaji dan juga prestasi yang tidak menentu pada awal musim sekaligus menyebabkan beberapa pemain utama dikhabarkan mahu meninggalkan pasukan.

Sri Pahang pula baru-baru ini telah melakukan rombakan dari segi pemain import dimana mereka membawa masuk empat pemain baharu iaitu Aung Kaung Mann (Myanmar), Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).