Sumareh Yang Paling dekat — Farizal

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) Farizal Marlias, menolak kesilapan ketika bertemu Nagoya daripada berulang menjelang aksi kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) men3ntang Ratchaburi FC yang perlu diakhiri dengan tiga mata malam esok

Farizal mengakui kelebihan dan kekurangan Ratchaburi sedang diteliti ketika ini, sudah pasti wakil pemain JDT, Mohamadou Sumareh, yang pernah beraksi dalam Liga Thailand adalah per!sik paling dekat selain bantuan daripada dua pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan sedikit sebanyak memberikan kelebihan.

“Kami sudah mula mengenali corak permainan pasukan dari Thailand, gaya permainan yang mirip dengan skuad kebangsaan dan sedikit sebanyak kami mengetahui kemampuan mereka,” kata Farizal.
Hilang fokus di saat akhir ketika pertemuan pertama dengan Nagoya menjadi punca utama JDT tewas tipis tempoh hari.

Farizal menegaskan perkara yang sama tidak boleh berulang lagi menjelang aksi dengan Ratchaburi.
“Mereka memiliki kemahiran teknikal yang baik, kepantasan dalam melancarkan s3rangan balas. Namun saya menyarankan bahawa pasukan supaya tidak terlalu memikirkan t3ntang mereka sebaliknya memberikan tumpuan dengan persiapan kami sendiri,” katanya lagi.