Uncategorized

Terima ‘surat cinta’ isu meraikan gol simbol tangan tiga jari

Pasukan Selangor dilaporkan diminta untuk memberi penjelasan berhubung tindakan pemain import mereka dari Myanmar, Hein Htet Aung yang meraikan gol dengan simbol tiga jari.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kejadian tersebut berlaku ketika Selangor 2 bertemu PDRM dalam perlawanan Liga Perdana Sabtu lalu.

Hormat tiga jari sinonim dengan konflik politik yang berlaku di Myanmar ketika ini dimana rakyat negara itu membuat tunjuk perasaan serta bantahan sambil mengangkat tiga jari sebagai simbol menen@ng pihak tentera.

Meraikan gol berbaur politik sememangnya tidak dibenarkan dalam mana-mana perlawanan dibawah seliaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsadimana beberapa !nsiden sebelum ini berakhir dengan penggantungan pemain.

Pada temasya Piala Dunia 2018, dua pemain Switzerland iaitu Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri berdepan amaran keras kerana meraikan gol dengan simbol helang berkepala dua pada perlawanan menent@ng peringkat kumpulan menentang Serbia.

sumber : ZZA

Pada 2013, pemain Mesir, Ahmed Abdul Zaher digantung daripada beraksi dalam saingan FIFA Club World Cup kerana meraikan gol dengan simbol empat jari, sinonim dengan protes terhadap kerajaan.