Sukan

Teruja bekerjasama dengan Irfan bakti

Peny3rang import Kuching City FC, Bryan Jones Anicezio jelas bernafsu besar apabila sudah bercita-cita untuk merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana musim depan.

Peny3rang dari Brazil itu membuktikan ketajamannya di hadapan gol apabila berjaya meledak empat gol dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana selepas diketepikan pada permulaan musim lalu susulan mengalami keced3raan.

L3dakan gol yang dihasilkan pemain berusia 30 tahun itu jelas begitu membantu pasukannya yang berjaya meraih empat kemenangan berturut-turut dan menamatkan musim pertama mereka di kedudukan keempat.

“Pelawaan untuk terus kekal bersama Kuching City FC adalah satu peluang yang saya tidak akan lepaskan kerana sememangnya saya sudah seperti ada rasa ikatan dengan pasukan serta semua mereka yang bekerja di sini.

“Misi saya adalah untuk meletakkan Kuching City FC dalam kalangan pasukan elit di Liga M, layak sekali lagi ke Piala Malaysia dan selepas itu, baru saya fikirkan mengenai misi peribadi iaitu menjadi penjaring terbanyak liga.

“Sudah tentu saya kejar pencapaian itu, namun apa yang paling mustahak adalah pasukan terlebih dahulu serta menang dalam seberapa banyak perlawanan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Bryan mengakui teruja untuk bekerjasama dengan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang bakal menjadi jurulatih baharu pasukan itu selepas menggantikan Akira Higashiyama yang menyertai Kelantan United.

Meskipun tidak mengenali Irfan sebelum ini, dia berpendapat kemasukan jurulatih berpengalaman itu adalah tepat untuk membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Banyak perkara baik yang saya dengar mengenai Irfan. Malah beliau disifatkan antara pengendali berpengalaman di sini. Kehadirannya membuatkan saya semakin tidak sabar untuk bekerja dengannya.

sumber : BH

“Musim 2020 adalah satu musim yang baik tetapi ia sudah berlalu. Sasaran lebih tinggi perlu diletakkan musim depan iaitu layak ke Liga Super dan kami optimis dapat melakukannya,” katany