Sukan

Tiada Usha dalam rekaan

Baru-baru ini Perak FC telah berkongsi satu video di laman media sosial rasmi pasukan dimana terdapat rekaan logo baharu yang mungkin digunakan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Akan tetapi, logo yang memaparkan h@iwan sel@dang dan digabungkan dengan warna hitam serta sedikit warna kuning itu tidak mendapat sambutan baik daripada peminat dimana rata-rata daripada mereka mengecam logo tersebut.

Tinjauan di ciapan di atas mendapati rata-rata peminat nyata kecewa dengan logo yang dipilih dimana mereka menganggap tiada sebarang usaha yang dilakukan dalam membuat rekaan salah satu elemen terpenting dalam sesebuah pasukan itu.

Logo tersebut terlalu simple serta dianggap tidak melambangkan pasukan Perak yang kini usianya sudah menjangkau lebih seratus tahun.

Peminat juga menggesa agar pengurusan pasukan kembali menggunakan logo lama kerana dianggap rekaannya jauh lebih baik serta tidak kelihatan seperti logo yang dibuat secara “tangkap muat”.