Sukan

Ucapan Takziah buat Syafiq Ahmad

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada peny3rang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya dilaporkan ced3ra ringan, manakala isterinya, Nor Amalina Norain, 25, ced3ra par@h.

“Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Bayi lelakinya yang baru lahir pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dilaporkan meningg@l dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, kelab yang diwakili Syafiq, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menghulurkan ucapan takziah kepada peny3rang Ha@rimau Malaya itu.

Sumber : BH

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kelab itu dalam kenyataan di Facebook rasmi, JOHOR Southern Tigers, hari ini.